Tuesday, September 20, 2011

Selamat Datang Ke Korea Selatan


Blog JalanToKorea ini di kendalikan oleh pelajar Malaysia yang tinggal di Korea Selatan dan fasih berbahasa Korea. Pengalaman saya berada di Korea lebih 5 tahun dapat membantu anda untuk bercuti di sini. Saya dapat membantu anda terutama dari segi makanan halal dan tempat-tempat membeli-belah yang kebanyakannya susah untuk dicari di Korea. Saya juga berpengalaman menjadi pemandu pelancong di Korea Selatan lebih dari 4 tahun dan semestinya fasih akan selok-belok di Korea Selatan.

PAKEJ :Saya menawarkan harga pakej yang murah berpatutan dengan pakej percutian yang kami sediakan. Caj yang dikenakan tidak terlalu mahal berbanding dengan syarikat pelancongan di Malaysia dan semestinya keselesaan pelanggan adalah menjadi keutamaan saya. Harga yang saya tawarkan juga boleh dirunding dan bergantung kepada kehendak pelanggan kami.

MAKANAN :Semestinya makanan adalah menjadi perkara yang merisaukan pelanggan terutama yang beragama Islam apabila datang melancong ke Korea Selatan. Makanan yang akan saya sediakan adalah kebanyakan makanan Korea yang halal di makan. Pengalaman saya berada di Korea membuatkan saya banyak tahu tentang makan yang boleh dimakan (halal) dan yang tidak boleh dimakan (haram). Selain itu, saya juga akan menyediakan makanan yang 100% halal dibuat sendiri oleh orang Islam iaitu seperti di Indian Muslim restaurant dan lain-lain.Namun begitu restoran makanan halal yang disediakan oleh muslim di Korea Selatan tidaklah sebanyak di negara lain seperti di China ataupun Hongkong. 



posted by TourToKorea